Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau kembali. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni.” Demikian luah pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah seperti memberi bayangan melalui kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.
Lama menyepi dari radar dunia hiburan, Nonny, 34, seperti ingin memberitahu punca kehilangannya selama ini mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat berkenaan. Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Tiada guna diam dengan kau ni. Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah.
Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu, lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya dalam perkongsian Insta Story.
Begitupun katanya, dia yakin keadaannya akan pulih, selain tidak pernah berhenti mendoakan pihak yang menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya agar kembali ke pangkal jalan. Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya (yang) bukan hasil setahun dua. Nauzubillahiminzalik,” tulisnya.
Hampir tiga tahun pelakon filem Malay Regiment itu menyepi dari dunia seni sehingga ada peminat menyangka dia berundur dari dunia seni berikutan isu peribadi. Namun kemunculan dalam sebuah saluran YouTube lebih sebulan lalu dengan imej kembali berhijab membuatkan peminat serta rakan terdekat termasuk Mila Jirin menarik nafas lega.
Terdahulu Nonny yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda anak satu, Mohamed Mustain pada Mac 2008, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun. Kredit Harian Metro.