Aziz M Osman, menafikan dia menyembunyi diri untuk kongsi kisah perceraian dengan bekas isteri

Pengarah filem, Aziz M Osman, 60, menafikan dia menyembunyi diri untuk berkongsi kisah perceraian dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman, 32, yang berlaku pada awal Julai lalu, sebaliknya berasa ia terlalu peribadi. Aziz ditemui berkata, dia sebenarnya lebih selesa tidak berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum berikutan sudah berusia dan mempunyai ramai anak yang perlu dijaga perasaan mereka.

Saya bukan sembunyikan diri, cuma ia agak peribadi. Lagi pun, tak gunalah (bising-bising) dalam usia sekarang, apatah lagi saya ramai anak. Kita perlu ‘move on’ teruskan kehidupan saja. Saya sendiri pun sangat positif dengan kehidupan sekarang. Kita ambil yang terbaik dan selain itu, saya pekakkan telinga saja. Dalam soal kehidupan ini, kita yang tentukan sama ada mahu bersedih atau gembira,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Aziz hadir pada majlis sidang media menandatangani memorandum perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy, hari ini.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya terhadap perceraian itu, Aziz berkata dia dan Lily mengambil pendekatan memberitahu kebenaran walaupun mereka masih kecil.

“Mengenai anak-anak, kita yang tentukan yang sebaiknya untuk mereka. Jika kita beri aura tidak baik, maka perkara tidak baiklah yang mereka (anak) akan rasa. Jadi, saya dan Lily sama sekali tidak mahu membebankan anak-anak kami dengan perkara ini (cerai).

“Dah tiada jodoh kami untuk hidup bersama lagi. Begitu juga tindakan Lily untuk beritahu kisah hubungan kami di Instagram, itu hak dia dan saya tiada masalah langsung. Bagi saya, lama-kelamaan orang akan tahu juga mengenai perceraian ini,” katanya.

Aziz dan Puteri Lily yang sudah hidup bersama sebagai suami isteri selama 13 tahun bercerai secara sah kira-kira sebulan lalu. Menurut Lily, mereka sudah cuba menyelamatkan perhubungan dibina, namun tidak berjaya.

Terdahulu, Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan kini berusia lima tahun. Pernikahan bersama Puteri Lily adalah yang keempat buat Aziz. Sebelum ini, Aziz yang juga pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga kali kedua dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Sebelum bernikah dengan Nor Aliah Lee, Aziz pernah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan itu. Aziz juga berkahwin kali ketiga dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version