KISAH melibatkan isteri kepada penyanyi Virgoun masih belum reda apabila kali ini dia dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan peguamnya sendiri. Disebabkan gosip itu juga, Inara Rusli turut dituduh tidak pandai menjaga maruah diri memandangkan dia masih memegang status isteri. Tidak membiarkan gosip itu terus bertebaran, Inara tampil menyangkal dakwaan tersebut. “Saya belum bersedia menerima mana-mana lamaran lelaki. Saya masih belum berpisah dengan Virgoun. Mengarut!,” katanya seperti dilaporkan Detikhot.
Dalam pada itu, Inara berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi hubungan itu tidak lebih daripada sekadar teman biasa. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan ceraiii terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurngnnya secara terbuka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.