Terpaksa keluarkan duit sendiri untuk bertanding, Lando Zawawi dedah tak jadi nak bertanding dalam PRN akan datang

Pelakon yang juga aktivis masyarakat, Lando Zawawi mendedahkan dirinya tidak jadi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos ini. Lando atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi menerusi sesi siaran langsung di media sosial berkata, keputusan itu dibuat selepas terasa dirinya ditipu oleh parti diwakilinya kerana gagal menggotakan janji mereka sebelum ini. Malah, Lando berkata, banyak wang terpaksa dikeluarkan dan habis ketika bertanding di Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tempoh hari.

“Saya berterus-terang, pengalaman saya ini agar jadi satu teladan kepada semua calon di luar sana supaya berhati-hati dengan parti politik. Perbincangan dengan satu parti semasa PRU15, saya tanya bagaimana dengan bajet? Mereka kata pakai duit sendiri,”ujarnya. Apa yang membuat dirinya kesal adalah segala kos perbelanjaan digunakan sepanjang tempoh berkenaan ditanggung sendiri, lebih-lebih lagi menggunakan jumlah yang besar kerana bergerak atas nama Brotherhood. Ternyata, bukan dirinya seorang sahaja tidak dibayar semula, malahan ramai yang terlibat sama turut menerima nasib yang sama.

“Mungkin saya tak boleh tampung semua kerana itu PRU yang lebih besar, bukan macam sekarang. Saya kini berhati-hati dengan parti politik. Saya disuruh guna duit sendiri dulu dan dikira kemudian. Sampailah akhirnya duit saya digunakan terlebih dahulu. Apabila keputusan dikeluarkan mereka terus senyap. Ingatkan habis di situ saja, rupanya orang-orang parti yang bekerja pun tak dapat bayaran,” katanya lagi. Dakwanya, sehingga kini parti berkenaan masih belum melunaskan janji mereka iaitu membayar semula wang yang telah digunakannya.

Bahkan, dia juga telah pun menghantar surat kepada Presiden parti berkenaan, dan ternyata bajet yang diperuntukan telah pun habis digunakan sebelum dirinya dicalonkan. “Tenaga kerja yang dipanggil ranting parti menuntut RM20,000 dari parti berkenaan, wang sendiri sekitar RM70,000 ke RM80,000 belum dilunaskan. Saya hantar surat ke Presiden. Apabila disemak, rupanya bajet itu ada tapi dah habis sebelum saya dicalonkan. Hairannya kerana yang berjanji dengan saya bukan calang-calang kerana mereka orang atasan,”ujar Lando.

Pun begitu, pelakon drama bersiri Gerak Khas meluahkan rasa syukur kerana sehingga kini Brotherhood yang diusahakannya masih lagi berjalan dan berbakti kepada masyarakat. “Tapi Alhamdulillah walaupun saya tewas, usaha Brotherhood berjalan sampai sekarang sebab rezeki Allah punya. Kami ada kesempitan sikit dengan ekonomi tapi kami masih terus berjalan,” katanya lagi. Lando juga berkata, pihak sekolah atau mana-mana universiti boleh menghubunginya sekiranya masih tidak mendapat bantuan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang kerana peruntukan untuk mereka masih ada.

Sementara itu, landi mendedahkan dirinya menerima tiga tawaran dari parti berbeza namun masih dengan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana daripada mereka. Ini kerana ahli Brotherhood terdiri daripada penyokong pelbagai parti dan diberi kebebasan hak untuk mengundi mengikut pilihan sendiri tanpa paksaan. “Brotherhood sebenarnya bebas. Pendirian kami tidak berparti sampai bila-bila sebab dalam Brotherhood pun ada penyokong pelbagai parti. Mereka diizinkan untuk undi parti mana kerana itu hak mereka.

Sebenarnya kerusi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak membawa erti yang besar pada saya. Sebabnya dari dulu sampai sekarang pun banyak YB (Yang Berhormat) minta tolong saya juga,” katanya yang lebih berminat dengan kerusi Parlimen. Terdahulu, Lando bertanding di Parlimen Tanjung Karang menerusi kerusi daripada parti Pejuang. Namun, tewas kepada calon Perikatan Nasional iaitu Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi.

Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version