Sebelum ini, tular isu mengenai pelakon popular Riena Diana yang bersetuju untuk berlakon babak ranjang dengan bersyarat namun, disalah erti oleh warganet. Enggan terus timbul fitnah, Riena tampil memberikan penjelasan. Menerusi perkongsian Instagram Story, Riena Diana menjelaskan bahawa dia akan berlakon babak panas sekiranya diminta oleh pengarah untuk melakukan babak tersebut tetapi dengan syarat ia tidak keterlaluan. “Yes, i would do it bila director suruh tapi tidak keterlaluan dan kena ingat kita ni kat negara Islam. So,tak kan ada aksi macam tu.
Like we all know pernah je ada aksi macam tu, tapi viral sampai tak boleh keluar TV. Jadi tak mungkin akan ada pun.” Tegas Riena, dia masih waras untuk menjaga maruah dan nama baik keluarganya. “Dan, saya cakap saya ada parents yang masih lagi menonton drama-drama saya. So, tak kan lah saya nak malukan parents dengan buat benda macam tu. Pelakon popular dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People meluahkan rasa kecewa selepas berita tersebut tular, dia menerima banyak komen dan mesej berbaur tak senonoh.
Lepas je keluar artikel tu, banyak DM yang saya terima whatever sick comment and sick DM’s. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.