Sebelum ini, individu yang ingin memperoleh lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori. Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan individu yang sebelum ini memiliki lesen memandu, tidak perlu untuk menjalani ujian teori buat kali kedua untuk memohon lesen kelas berlainan, berkuatkuasa 15 September ini. Katanya, ketetapan baharu mengenai bahagian pembelajaran iaitu Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) itu untuk memudahkan pengambilan Lesen Memandu Malaysia, khususnya kepada golongan muda, lapor Harian Metro.
“Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali,” katanya dalam sidang media hari ini. Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta. Sementara itu, syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas, manakala bagi motokar pada usia 17 tahun. Tambahnya lagi, peraturan itu bakal memanfaatkan orang ramai kerana mereka tidak perlu lagi menduduki satu lagi kelas enam jam untuk dapatkan lesen lain sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM100 kepada orang ramai.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.