Bermain muzik telah terbukti boleh membantu kekuatan ingatan serta boleh mengelakkan penyakit tua seperti dementia atau nyanyuk. Perkara ini terbukti apabila isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Siti Hasmah yang sering berkongsi kebolehannya bermain alat muzik walaupun sudah berusia 97 tahun.Terbaru, tular sebuah video perkongsian penyanyi yang terkenal dengan genre irama Malaysia, Haziq Rosebi yang memaparkan dia dan seorang lagi penyanyi ternama Aina Abdul menyanyikan lagu Lemak Manis, diiringi alunan piano oleh Tun Siti Hasmah. Klik sini untuk liat video.
“Memang tak rancang langsung pertemuan dengan Tun Siti Hasmah. Kebetulan Villa beliau bersebelahan dengan villa kami di Langkawi jadi kami diberitahu yang Tun jemput saya & Aina untuk beramah mesra dengan Tun. Kebetulan Tun memang suka lagu Lemak Manis jadi kami pun jamming bersama. Ini merupakan satu penghargaan terbesar dapat menyanyi sambil diiringi petikan piano dari Tun Siti Hasmah sendiri, what a privillege,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video berdurasi dua minit itu, Tun Siti Hasmah bermain piano dengan begitu mendayu dan sedap didengar, malah dia turut menegur kesilapan key (tona) Haziq dengan nada berseloroh. Layanan yang diberikan Tun Siti Hasmah kepada kedua-dua penyanyi itu turut menambat hati warganet. Video pendek itu membuatkan ramai warganet teruja, tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Tun sentiasa sihat dan ceria.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.