Sepasang pengantin dari Temanggung, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin buat kali kedua selepas enam tahun bercerai, lapor program berita Liputan6 hari ini.Berdasarkan gambar yang dikongsikan di platform TikTok, pasangan tersebut dilihat menjalani upacara ijab kabul sambil ditemani anak-anak kandung mereka.
Sebelum bercerai enam tahun lalu, pasangan tersebut dikurniakan empat orang anak perempuan. Mereka sudah bercerai enam tahun lalu, namun kembali rujuk dan berkahwin. Kalau jodoh tidak ke mana,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik.
Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen. Semoga benar-benar menjalankan tanggungjawab dan mahu berubah serta memperbaiki diri. Sejujurnya, ia tidak mudah,” kata seorang pengguna media sosial.
Yang paling bahagia adalah anak-anak mereka,” ujar pengguna lain. – AGENSI . Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.