Teruk kena kritik dengan warganet, Ammar Nazhan tampil buat permohonan maaf walaupun tuduhan yang tular tak betul

YouTuber terkenal, Ammar Nazhan telah membuat penjelasan menerusi aplikasi Bigo Live semalam dengan menafikan semua tuduhan yang diterima baru-baru ini berkaitan dakwaan jiran tetangga yang tinggal berhampiran studionya. Dia yang mempunyai pengikut seramai 1.1 juta di Instagram enggan memanjangkan cerita dan memohon maaf walaupun mengakui bahawa tuduhan yang dilemparkan telah menjejaskan imejnya. “Saya tak pernah buat bising. Kenapa abang ungkit benda yang dah lepas. Kenapa abang bawa isu bising tu sampai sekarang. Klik sini untuk lihat video.

Bagi saya dekat sini, nampak yang diorang dah set up supaya dapat ganggu emosi saya, halau keluar terus. Kita mengaku kita ada buat salah, tapi kita pernah ditegur oleh management dan pernah meminta maaf kepada management semua,” ujarnya. Dalam pada itu, dia juga turut menjelaskan beberapa tuduhan lain yang dinyatakan sebelum ini termasuklah berkaitan meletak kenderaan di hadapan rumah jiran sambil menghisap vape sama sekali tidak betul.

Menurut Ammar, gambar yang ditularkan itu adalah fitnah tidak tepat kerana ketika itu rakannya mahu mengalihkan kenderaan dan keluar sebentar sambil memegang vape. Dia juga mengatakan sudah bertemu jiran di hadapan studio yang disewa serta memohon maaf diatas apa yang berlaku dan mendapat respon yang baik dari pemilik rumah berbangsa Cina. Tetapi, gambar yang tular telah disalah tafsir oleh warganet di media sosial sehingga dia teruk dikritik.

Terdahulu, beberapa tangkapan layar mesej yang dihantar penduduk yang tinggal di kawasan perumahan T20 tempat YouTuber berkenaan menyewa bagi tujuan membuat konten tular di media sosial. Dalam kenyataan tersebut, mereka akui terganggu dengan bunyi bising kereta YouTuber dan rakan-rakannya termasuklah perilaku mereka yang dikatakan tidak menghormati kawasan kejiranan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version