Dah kena saman pun masih lagi nak mengata siap pertikaikan idah, tak boleh berdiam sekali ini respon Puteri Sarah

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana mendedahkan perbualan bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih mengutuknya di belakang. Menerusi hantaran Sarah, dia memaklumkan bahawa menerima kiriman tersebut daripada seorang individu yang menunjukkan Wiwie mendakwanya bermanja dengan lelaki lain ketika siaran langsung. “Dalam idah pun tunjuk dia vc bermanja-manja dengan lelaki dalam live. “Adakah itu maruah isteri?,” tulis Wiwie. Tidak berdiam diri, Sarah tampil membidas kenyataan wanita itu dengan tenang.

“Someone shared it with me. Ni lah manusia bila takde kerja sebok eddah orang. Apa eddah aku 100 tahun ke,” balasnya. Bukan itu sahaja, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini menasihati bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi itu untuk mengumpul duit bagi membayar saman. “Dah kena saman duduk diam-diam. Simpan duit nak bayar saman nanti. “Nak belajar cara buat duit? Boleh join team Sarah ok. Kita taknak jadi camni suka jaga tepi kain orang,” tempelaknya lagi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version