Orang yang kritik tak bagi rezeki, Baby Shima anggap kritikan warganet sebagai salah satu ujian

Penyanyi dangdut, Baby Shima menganggap kritikan warganet sebagai salah satu ujian apabila bergelar anak seni. Namun Shima bagaimanapun memohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa melihat persembahannya di konsert Hausboom Music baru-baru ini. “Saya baru sahaja dapat tahu persembahan itu tular. Menari bergelek itu memang sinonim dengan genre dangdut yang saya bawakan.

“Kalau ramai yang kurang selesa saya minta maaf, mungkin boleh skip video-video berkenaan saya. Sesiapa pun tidak suka kena kecam tapi itu semuanya cabaran bagi saya. Saya nak perjuangkan genre dangdut ini di negara ini sehingga suatu hari nanti Malaysia tidak perlu panggil artis dangdut dari luar negara untuk buat konsert,” katanya ketika dihubungi. Mengulas mengenai persembahannya pada masa akan datang, Shima berkata dia akan terus melakukan yang sama seperti biasa iaitu genre dangdut.

“Kenapa nak tone down? Dia orang yang kritik tu semua ke yang bagi rezeki dekat saya? Semoga cepat masuk syurga. Saya pun tak faham dengan komen negatif ini, ada ramai lagi artis lain dedahkan pusat dan berjoget terkinja-kinja, tetapi Shima yang selalu dikritik,” luahnya. Terdahulu, aksi gelek Shima ketika membuat persembahan di Konsert Hausboom Music yang berlangsung baru-baru ini mengundang kritikan daripada warganet. Namun Shima bagaimanapun menganggap aksinya itu tidak keterlaluan dan malah dia gembira melihat penonton yang hadir turut terhibur dengan persembahannya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version