LEBIH setahun menyulam cinta, pelakon Adam Shahz memberitahu masih menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. Kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia dan kekasihnya itu menetapkan tarikh untuk hari bahagia mereka. “Hubungan kami berjalan lancar seperti biasa namun belum ada kata putus untuk berkahwin dalam masa terdekat. Masih banyak urusan yang perlu didahulukan sebelum kami ke arah itu (perkahwinan).
“Merancang untuk berkahwin mestilah ada, namun tarikhnya belum tahu lagi,” katanya. Adam menerusi laporan media sebelum ini memberitahu sudah memiliki teman wanita selepas empat tahun menduda. Malah dalam satu temu bual, Adam berkata dia terpaksa menangguhkan dahulu urusan pernikahan untuk menyelesaikan kemelut antara dirinya bersama bekas isteri iaitu pelakon Fatin Afeefa. Masih lagi enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Adam berkata dia akan berkongsi apabila tiba masa sesuai. “Dia bukan dalam kalangan orang industri. Kami sudah kenal lebih setahun. Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita lain selepas berpisah tetapi dia seorang sahaja yang ada hubungan serius.
“Sebagai manusia biasa memanglah ada keinginan untuk berkahwin. Semoga keinginan saya itu diizinkan Allah,” ujarnya. Becrcakap mengenai perkembangan kerjaya, Adam memaklumkan dia bakal terlibat dengan tiga pengambaran filem dalam masa terdekat. Meskipun jadual kerja agak padat, namun menurutnya semua urusan berjalan lancar tanpa mengganggu mana-mana produksi. “Syukur segala dipermudahkan. Jadual kerja saya berjalan lancar tanpa mengganggu setiap penggambaran yang saya terlibat,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.