KUCING mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, tidak dapat dinafikan kelakuan si bulus ini ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu panas hati. Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di Twitter apabila seorang lelaki menceritakan bagaimana pada mulanya dia berasa rimas dengan bunyi mengiau seekor kucing. Menurut lelaki tersebut, kucing itu mengiau-ngiau dengan berterusan sehingga menyebabkan rasa bingit kepada penduduk sekitar.
“Aku tinggal di rumah pangsapuri. Kejadian ni tinggalkan satu pengajaran yang bermakna untuk aku. Ceritanya macam ni, pada satu malam tu, dekat aras aku tiba-tiba ada bunyi kucing mengiau-ngiau. Agak mengganggu juga sebab bising, susah nak tidur malam. “Aku ingat ke orang buang kucing dekat aras aku ni. Tak lama selepas tu, bunyi meow kucing tu hilang. Tapi kejap je, lepas tu ada balik bunyi meow kucing tu. “Aku jadi geram, aku fikir kalau betul ada orang buang kucing tu, aku nak ambil dia dan letak dekat aras 5, lebih luas ada swimming pool semua, jadi lebih bebas dia nak bergerak,” ujar lelaki itu.
Walaupun berfikiran sedemikian, hati lelaki tersebut kemudiannya seolah dijentik untuk membantu kucing berkenaan. “Aku macam terdetik, mungkin kucing tu sesat atau hilang, dan pemilik dia tengah cari ke. Aku ubah fikiran dan ambil kucing tu bawa ke pusat kawalan keselamatan dekat bawah. “Rupanya betul, akak pengawal keselamatan tu cakap memang ada kucing hilang dan pemilik dia tengah cari. Pemilik tu bagi gambaran kucing berwarna hitam dengan leher putih.
“Sebiji sama macam kucing aku tengah bawa tu, syukur aku berjaya membantu. Kucing tu duduk dengan tuan dia dekat aras 15 dan dia boleh naik ke aras aku yang tingkat paling atas ni, kesian rasa. Aku rasa serba salah sebab boleh terlintas dalam fikiran mula-mula nak halau kucing tu, dia cuma nak balik rumah je,” kata lelaki tersebut. Daripada kejadian berkenaan, lelaki itu mempelajari satu pengajaran yang berharga. “Selalulah berbuat baik dengan haiwan. Tak dapat bayangkan kalau aku dekat tempat pemilik kucing tu, kucing kesayangan aku hilang, mesti rabak mata ni menangis.
“Rasa lega sebab dapat bantu kucing. Teringat pula, masa nak turun bawah tu, ada beberapa orang pandang aku semacam, mungkin ingat aku nak buang kucing. Ye la dengan muka aku yang barai sebab baru bangun tidur petang dan bawa kucing di sebelah tangan,” kata lelaki itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji tindakan murni lelaki tersebut.
“Moga Allah rahmati tuan selalu. Kucing ni kan suka benda bergerak, mungkin tengah kejar rama-rama ke, burung ke, itu yang terlajak sampai sesat. Dia meow sebab tengah menangis minta bantuan. “Aku pernah ada situasi kucing mengiau-ngiau, bising sangat, rupanya tengah minta pertolongan sebab tuan dia pengsan, syukur bantuan tiba tepat pada masanya,” kata sebahagian warga maya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.