Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani menyifatkan kontroversi yang terpalit dirinya sebelum ini memantangkan dirinya untuk menjadi manusia lebih baik. Memetik Harian Metro, Ismail berkata jika diberi peluang untuk patah balik semula dia tidak mahu mengubah apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini. “Saya bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Kalau ada peluang untuk patah balik masa, saya tak nak tukar apa-apa kejadian yang pernah berlaku dalam hidup saya kerana ia membentuk diri saya sekarang. “Saya bermula dalam bidang ini seawal usia 16 tahun dan orang luar melihat segala proses saya membesar dan kehidupan yang saya lalui,” katanya.
Mengejar impiannya dalam bidang muzik, Ismail berkata dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya diri sendiri apabila dia memilih tidak ke sekolah serta menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Atas sokongan ibu, saya juga sanggup ‘busking’ di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur kerana muzik begitu dekat di hati saya dan tidak akan sesekali tinggalkan bidang yang saya cintai ini,” katanya. Dalam pada itu, meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi namun Ismail berkata dia sentiasa mengingatkan dirinya terus pandang ke hadapan serta mengakui ujian dihadapinya sangat berat.
“Nak kata kurangkan kontroversi pada masa akan datang pun tak boleh juga sebab bukan saya yang minta. Kalau benda nak jadi, dia jadi dan saya tak boleh lari. Inilah kehidupan yang saya pilih dan kalau benda nak jadi kepada saya, apa boleh saya buat. “Bagaimanapun saya sentiasa berharap agar dapat kurangkan kontroversi kerana apa yang saya lalui selama ini sangat berat dan masih berjuang. Saya tak nak janji apa-apa tapi akan cuba menjadi lebih baik,”katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.