Azhar Sulaiman titipkan kata kata semangat pada Norman dan Abby, siap tawarkan bantuan guaman lagi

Masih heboh ketika ini mengenai isu anak pasangan selebriti tanah air yang didakwa menjadi wanita perampas suami orang atau ‘penyondol’. Lantaran itu, pelakon Azhar Sulaiman tampil bersuara mengenai isu terbabit yang berpendapat setiap keluarga pasti ada ujian dan rintangan tersendiri. Menerusi hantarannya di Instagram, beliau juga menitipkan kata-kata semangat kepada rakan selebiritinya yang sedang menghadapi ujian berat ini.

“Kepada Norman dan Abby, tiada ibu bapa yang tidak diuji oleh Allah SWT. Setiap keluarga ada ujiannya yang berbeza dan tersendiri,” katanya. Dalam pada itu, Azhar dilihat turut ingin menawarkan bantuan guaman kepada kedua-dua pelakon itu. “Please contact me if you guys need any Legal Assistance,” katanya lagi. Mengulas lanjut, Azhar menerusi ruangan komen meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika mengulas isu orang luar yang belum tahu hujung pangkal cerita kerana ia juga akan berbalik kepada diri kita suatu hari nanti.

Dalam ruangan komen, pengikutnya turut mengakui berasa terkejut melihat komen-komen pedas warganet mengenai isu terbabit. Sungguh, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak zaman sekarang, tidak kiralah peringkat usia berapa sekalipun. Ada ibu bapa sudahpun memberi asuhan dan didikan terbaik, namun anak-anak boleh tersasar juga. Sumber:Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version