Isteri Haqiem Rusli muat naik gambar pakai baju warna hijau, tapi benda ni pula yang jadi perhatian warganet

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sekali lagi mencuri perhatian netizen selain isu membuka tudung yang seakan-akan belum menemui titik noktah. Menerusi hantaran beberapa keping foto dan video yang dikongsikan di Instagram, Anis dipercayai menyambut ulang tahun kelahiran seseorang di atas sebuah kapal layar. Wanita berusia 21 tahun itu dilihat memakai dress berwarna hijau yang ditiup angin sekali gus menampakkan bentuk tubuhnya sehingga membuatkan pengikut menyedari perubahan saiz perutnya. Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa wanita yang juga usahawan itu sudah berbadan dua dan bakal menantikan kehadiran ahli keluarga baru.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan sama ada perubahan saiz perut pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri itu disebabkan mengandung atau sebenarnya buncit? Walaupun ruangan maklum balas dibanjiri dengan pelbagai spekulasi dan tanda tanya, Anis tetap mengunci mulut tidak memberikan apa-apa jawapan. Terdahulu, isu tersebut pernah dibangkitkan oleh warganet ketika Anis dan suaminya bercuti ke Turki namun tuan badan telah tampil menafikan kehamilannya. Sekadar info, Anis dan Haqiem telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Roslan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version