Linda Hashim luah rasa gembira bila tengok Farid Kamil dan Diana Danielle kembali bersama

Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa gembira apabila mengulas mengenai keputusan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle untuk merujuk semula baru-baru ini. Menerusi laporan Harian Metro, Linda berpendapat bahawa keputusan tersebut boleh dicapai apabila masing-masing merendahkan ego. “Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka. Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang.”

Sebelum ini, Linda pernah melalui situasi yang sama di mana dia dan suami berpisah talak satu pada Mac lalu namun rujuk semula pada April ketika masih dalam edah. “Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami berpisah sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula. Biasanya kes pasangan berpisah babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula. Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak berpisah dalam rumah tangga.”

Walau bagaimanapun, Linda percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketetapan Allah dan perlu akur dengan aturanNya. “Mungkin masing-masing dah tak tahu nak bua tapa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak pisah. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing. Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, pisah ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta pisah adalah isteri. Mereka minta pisah atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak berpisah. Ada kebanyakan orang berpisah sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran.”

Di samping itu, Linda juga menyatakan perpisahan yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran buat mereka. “Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus. Penyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak berpisah itu kerana ada orang ketiga. Jadi saya nampak perpisahan pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak berpisah fikir baik-baik dan kalau berpisah pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang puteri iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8 dan Indah Camelia, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version