Boleh tahan keinginan tak pakai kereta mewah, Khairul Aming dedah ini sebabnya

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjawab soalan warganet mengenai bagaimana dia menahan keinginan untuk tidak memakai kereta mewah sedangkan memiliki perniagaan yang maju. Menerusi hantaran di akaun TikTok @syaz_aa, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman memberitahu dia sudah terbiasa untuk hidup secara sederhana. “Kalau kita dah biasa hidup cukup-cukup, kalau boleh kita nak pendapatan yang lagi besar supaya boleh tidur dengan tenang. Sebab saya tak naik taraf (kereta) adalah, dengan pendapatan yang sekarang, kalau saya kekalkan gaya hidup saya sekarang, saya boleh tidur dengan tenang sebab dah ada simpanan duit yang selesa untuk kita hidup dengan tenang.” Klik sini untuk lihat video.

Pemenang Anugerah TikTok 2023 itu juga menyatakan jika dia menambah komitmen baru, dia seolah-olah kembali kepada gaya hidupnya yang lama kerana duit tak pernah cukup. “Tapi masalahnya ialah bila pendapatan kita dah besar, dan kita tambah lagi perbelanjaan yang besar. Kita akan pusing balik ke tempat yang sama. Maksudnya, kita takkan boleh hidup dengan tenang jugak. Sebab duit tak akan pernah cukup.” Walau bagaimanapun, usahawan berumur 31 tahun itu turut mendedahkan dia sudah beberapa tahun tidak mendapatkan tidur yang cukup.

“Saya dah enam tahun tak cukup tidur sebab dah berhempas pulas buat benda ni . Jadi sekarang saya nak tidur tenang, itu je. Tapi nak kata tidur tenang pun tak juga sebab dah ada tanggungjawab baru, nak jaga bisnes dan nak jaga staff.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version