Rancangan Gegar Vaganza ramai yang kritik, sekali ini respon dari Aishah

KETIKA ramai penonton dan warganet mengkritik rancangan All Stars Gegar Vaganza (GV) yang mula bersiaran sejak Ahad lalu, salah seorang peserta iaitu Datuk Aishah tampil mempertahankan program realiti nyanyian itu. Dalam hal ini, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, mencadangkan agar mana-mana pihak yang kurang senang dengan penerbitan program berkenaan untuk tidak menonton rancangan tersebut. “Tak suka tengok artis sendu, tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok.

“Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun, tak payah tengok atau terlibat,” katanya. Aishah meluahkan pandangannya itu dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini. Tidak menyatakan kepada siapa status itu ditujukan, juara GV musim keempat itu menegur tindakan segelintir pihak menulis komen melampau mengkritik mengenai program berkenaan. “Kau siapa nak komen macam kau terpaling betul dan berhak kat dunia ni? Bagi la kami-kami yang suka tengok. Tak kacau pun periuk nasi kau kan?” soalnya.

Pada minggu pertama yang berlangsung Ahad lalu, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila All Stars Gegar Vaganza menampilkan gabungan tiga pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Elly Mazlein. Bagaimanapun, Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang terbaik bagi memastikan program itu berjalan lancar.

GV pada kali ini akan menampilkan 15 finalis yang mana 10 daripadanya adalah pemenang-pemenang daripada musim lalu dan lima lagi adalah daripada kerusi hot seat yang akan dipilih oleh peminat. Program tersebut akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, pukul 9.00 malam dan ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version