Janna Nick muat naik video promosi drama dengan Hafidz Roshdi, tapi komen Nurul Shuhada pula yang buat warganet mula muak

KOMEN ditulis bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi di ruang komen video dimuat naik aktres Janna Nick di Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada warganet. Menerusi video berkenaan memperlihatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, dan Hafidz sedang menyanyi lagu berjudul Cinta Tiga Segi nyanyian asal Saleem dipercayai ketika mereka berdua sedang menjayakan penggambaran sebuah drama. Video tersebut menarik perhatian bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada yang tinggalkan komen memberitahu lagu tersebut mempunyai kaitan dengan aktor tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Apatah lagi lagu berkenaan mengisahkan tentang kisah cinta lama yang datang kembali. “Weh kena siak lagu ini dengan dia (Hafidz) haha, menceritakan segalanya,” katanya. Bagaimanapun komen Shuhada itu membuatkan segelintir netizen meluahkan rasa muak dengan tindakannya yang seolah-olah masih belum move on dan memburuk-burukkan Hafidz.Malah mereka turut menyelar Shuhada tergamak tinggalkan komen berbaur sindiran biarpun kini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah. “Saya boleh bau aura negatif di sini. Janna post video untuk promo drama ini… yang konon dah move on tu tak perlu tinggalkan komen macam itu.

“Kan tengah buat umrah sekarang, hati tak bersih-bersih lagi ke? “Di Makkah pun masih aktif komen fasal bekas suami. Tahniah Shuhada, mesti awak gembira ramai orang kutuk Hafidz… Semoga makin tenang dengan kejatuhan Hafidz,” tulis warganet. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan berpisah pada 22 Februari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version