ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq mendedahkan dia pernah menasihati bapanya untuk melepaskan isteri baharu bagi menyelesaikan konflik dalaman keluarga mereka. Amir, 30, berkata, ini kerana sekiranya ND Lala memilih untuk kekal bersama isteri kedua iaitu Siti Munirah Abdul Ghani, bapanya itu akan kehilangan Fauziah serta empat anak. “Ini adalah perkara yang saya cakap dengan dia (ND Lala). Abah, kalau sayang mak, sayang anak-anak, lepaskan dia (isteri baru). Cakap elok-elok dengan dia. Dia akan faham. Dia baru 33 tahun dan ada jalan yang masih panjang.
“Tapi kalau abah pilih dia, abah kena lepaskan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural. Saya cakap lagi, tapi kalau abah rasa nak pilih dua-dua, abah bermimpi,” katanya. Syafiq meluahkan perkara tersebut dalam satu hantaran video melalui akaun Tiktok teman wanitanya dikenali sebagai Eiza Idanie. Anak kedua daripada empat adik beradik itu memberitahu dia menyayangi kedua-dua ibu bapanya secara sama rata tanpa melebihkan mana-mana pihak. Kata Syafiq lagi, keluarganya kini melalui kehidupan normal seperti biasa meskipun tanpa ketua keluarga.
“Saya nak bagi tahu dekat abah, kami dekat rumah ni okay sahaja walaupun abah tiada sebab abah yang kami kenal itu bukan abah yang sekarang ini. Kalau abah yang sekarang ini ada dekat rumah, orang (kami) pun tak nak,” ujarnya. Pada 8 September lepas, ND Lalu melalui satu hantaran video tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlalu di antara dirinya, bekas isteri dan juga isteri baharunya. ND Lala turut menjelaskan berkenaan penularan video yang memperlihatkan dirinya memegang telefon merakam anaknya iaitu Amir ditemani Eiza ketika memulangkan sebuah kendekraan milik isterinya mudanya.
Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah dilepaskan suaminya yang melafazkan talak itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah. Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.