Meskipun menerima banyak kritikan di kalangan warganet, penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tetap meluahkan rasa syukur kerana persembahannya itu tetap dipuji selain mendapat tepukan gemuruh oleh pengunjung. Memetik laporan Utusan Online, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu mendedahkan dirinya banyak menerima notifikasi positif daripada pengunjung dengan menyatakan mereka gembira dengan persembahannya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Konsert Hausboom Music.
“Tak sangka ramai yang seronok. Saya dapat banyak maklum balas daripada penonton yang berkongsi video di media sosial. Reaksi mereka membuatkan saya rasa sangat gembira. Apa yang terjadi di Konsert Hausboom Music adalah di luar jangkaan jangkaan saya. Ia membuktikan genre dangdut yang saya bawakan mendapat tempat di hati peminat,” luah Shima. Dalam pada itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengatakan dirinya berguru dengan penyanyi profesional di Indonesia agar mutu persembahannya kelihatan baik selain membawa pasukan dari negera terbabit.
Shima berkata, dangdut bukanlah genre yang mudah kerana pengawalan pernafasan amatlah diperlukan, lebih-lebih lagi ia digabungkan dengan nyanyian dan tarian, “Mungkin ramai ingat menari dangdut ini senang. Tapi sukar terutamanya untuk kawal pernafasan. Saya memang berguru dengan penyanyi profesional di Indonesia agar mutu persembahan saya tetap baik. Tambahan pula untuk konsert tempoh hari, saya bawakan pasukan dari Indonesia, sebab itu muzik yang ditampilkan berbeza,”jelasnya. Biarpun sering menjadi sasaran kritikan, Shima mengatakan dirinya tidak akan pernah berhenti untuk meneruskan perjuangan dalam menempuhi pasaran bergenre dangdut di Malaysia.
“Hendak menempuh pasaran arus perdana bukan mudah apa lagi genre dangdut di Malaysia. Saya kena cekal dan kekal memperjuangkan walau tidak henti ditomah segelintir orang. Segala yang saya lakukan, saya anggap ia suatu pengorbanan,” tambahnya yang menyifatkan persembahannya di konsert terbabit sebagai kerja profesional. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.