Ada di Paris atas urusan kerja, Meerqeen muat naik gambar dengan Ameera Khan

Pelakon kacak, Meerqeen sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila berkongsi foto bersama pesohor media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan di Instagram Story (IG Stories). Menerusi perkongsian tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam duduk bersebelahan Ameera Khan sambil berswafoto. Gambar yang dimuat naik Merqeen kemudian dikongsikan semula oleh Ameera di IG Story miliknya. Difahamkan, Ameera dan Meerqeen kini berada di Paris atas urusan kerja. Noor Kartini turut berada di sana untuk menemani anak gadisnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial video Meerqeen dan Ameera Khan menghadiri sebuah acara fesyen di sebuah resort di Johor. Apa yang menarik perhatian warganet apabila Meerqeen bergambar bersama Ameera Khan dan Neelofa sehingga ada yang mengusik mereka sepadan bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version