Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menyedari mengenai teguran orang ramai yang bercakap tentang perubahan fizikalnya yang kelihatan lebih berisi selepas mendirikan rumah tangga bersama Siti Hajaar. Ketika ditemui, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata dia tidak merasakan perbezaan pada fizikalnya, namun mengakui dirinya kini berada pada fasa bahagia di samping isteri tercinta. “Badan saya sekarang tidak berisi mana pun, tapi ramai yang tegur kata saya semakin berisi. Alhamdulillah, masakan isteri sedap. Betul orang kata air tangan isteri buatkan tambah selera makan.
Saya tidak pernah timbang berat untuk tengok perbezaan. Saya rasa macam sama je berat dulu dengan sekarang, masih kurus.” Sementara itu, disoal mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, MK berkata dia tidak mahu memaksa isteri untuk hamil. Bagaimanapun, keinginan dan usaha untuk memiliki zuriat itu ada dilakukan oleh mereka. “Jujur belum, insya-Allah doakan, saya teringin dan kami juga berdua masih berusaha. Saya berserah kepada isteri, kerana dia yang akan mengandung dan akan melahirkan. Saya tidak boleh paksa. Sebabnya, apabila mengandung dia yang perlu berjalan dengan bayi selama sembilan bulan, kemudian berpantang. Semua kepada dia.”
Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.