Tahun depan dah mula hantar Bilal ke sekolah, Neelofa luah rasa kecewa sebab tak dapat akses cctv di sekolah

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa meluahkan rasa kecewa berikutan pihak pengurusan sekolah anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata anak sulungnya bakal memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan. Namun apa yang menjadi kebimbangan usahawan berusia 34 tahun ini adalah dia tidak dapat memantau aktiviti anak lelakinya itu ketika berada di sekolah.

“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak. Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa. Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk menghantar Bilal tidak membenarkan ibu bapa melihat CCTV mereka.” Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 serta selamat melahirkan anak lelaki keduanya iaitu Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version