SELEPAS tular berita pertunangan dan kad undangan perkahwinan, penyanyi Noh Salleh sekali lagi memberikan petunjuk atau hint hari bahagianya dengan wanita bernama Fatin Athira yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, memuat naik persalinan pengantin dipercayai merupakan busana untuk majlis pernikahan. Tidak menulis sebarang kapsyen, kali ini tanpa berselindung Noh berkongsi gambar pakaian pengantin berwarna putih tertera nama Athira Mustapa.
Baju tersebut merupakan rekaan daripada butik jenama Fidae. Bukan itu sahaja, pada penyangkut baju itu juga jelas tertulis tarikh 23 September seperti mana yang dikatakan sebelum ini merupakan hari pernikahan mereka. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan selebriti yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka. Untuk rekod, Noh melangsungkan pertunangan dengan Athira yang juga merupakan seorang peguam pada 7 Mei lalu.
Noh bagaimanapun tidak pernah memberikan sebarang kenyataan atau bayangan akan kembali bernikah selepas berpisah dengan Mizz Nina. Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa. Mereka mengumumkan perpisahan pada Ogos tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.