Kecoh pasal program himpunan Rxz, kali ni penganjur tampil buat permohonan pasal segelintir peserta dan pihak berkuasa

Penganjur program Himpunan RXZ Members 5.0 di Kuala Nerus, Kuala Terengganu tampil memohon maaf susulan isu membabitkan antara segelintir peserta dan pihak berkuasa sepanjang program itu berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu. Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook RXZ Members – Official, kejadian tersebut adalah di luar pemikiran pihak mereka dan tidak pernah menyangka ia akan berlaku.

“Kami memohon maaf kepada seluruh RXZ Members yang hadir dengan penuh bersemangat sehingga sanggup menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga. Ada juga melakukan segala persediaan demi untuk sama-sama menjayakan berhimpunan RXZ members diatas minat yang sama serta bersatu hati mencintai dunia RXZ demi mengembalikan semula kegemilangan RXZ. Kami juga memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tanpa disedari masih ada segelintir kecil yang tidak sengaja mengikut lunas undang-undang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganjur berkata, pihaknya telah berusaha keras bagi memastikan program dianjurkan buat kali kelima ini lebih mantap dan lancar termasuk mendapat nasihat serta saranan daripada pihak berkuasa. “Namun tiada keupayaan pihak untuk memastikan ia sempurna, jadi adalah sedikit yang tidak memuaskan hati pihak berkuasa. Oleh kerana itu kami dengan rendah diri memohon maaf dan akan cuba melakukan penambahbaikan untuk masa akan datang,” ujarnya. Sementara itu, pihaknya turut menghargai sehingga sokongan orang ramai sehingga program tersebut menjadi daya tarikan sekaligus menjadikan Terengganu dikenali selain membawa limpahan ekonomi kepada rakyat negeri berkenaan.

“Kami sebenarnya masih kehilangan kata-kata, masih diselubungi perasaan terharu kerana selama ini dibelakang kami adanya insan-insan yang sejak daripada awal menyimpan hasrat dan cita-cita bagi memastikan program ini menjadi satu acara tahunan yang gilang gemilang akhirnya telah berjaya mencapai cita-cita untuk menghimpunkan peminat RXZ. Tidak bermakna program ini tanpa adanya yang selama ini telah membantu secara langsung atau tidak langsung, yang teeus memberikan sokongan daripada awal sejak ia mula diadakan sehingga kini.

Jutaan Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua yang terlibat serta terus serta memberikan sokongan dari dahulu sehingga kini bagi memastikan program ini sentiasa mendapat tempat di hati seluruh peminat RXZ,” katanya. Difahamkan, puluhan ribuan peserta yang hadir bagi menjayakan perhimpunan berkenaan termasuk dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version