Buat persembahan gelek melampau, ramai yang terkejut bila tengok Baby Shima

Susulan aksi terlampau kumpulan dari United Kingdom, The 1975 dalam satu festival muzik tahun ini, ramai yang berspekulasi serta meminta untuk mengharamkan persembahan artis luar negara di Malaysia. Malah, ada juga artis-artis luar yang melakukan konsert jelajah di Asia membuat keputusan untuk skip Malaysia susulan sekatan tersebut. Pun begitu, hujung minggu lepas, terdapat satu festival muzik yang memaparkan persembahan artis-artis tempatan yang berlangsung selama dua hari. Klik sini untuk lihat video.

Antara artis yang menarik perhatian warganet ialah Baby Shima yang dikatakan membuat persembahan ‘gelek’ melampau sehingga menimbulkan rasa tidak senang warganet. Malah, ada yang menganggap persembahan itu terlalu melampau sehinggakan usaha untuk menyekat persembahan artis luar dilihat sia-sia jika persembahan provokatif oleh artis tempatan seperti ini dibolehkan. Persembahan pelantun lagu Pura-pura Bujang itu bukan sahaja dikritik warganet, ada juga yang berasa malu dengan persembahan tersebut.

Sebagai info, Baby Shima yang mengenakan pakaian ketat berwarna silver itu dilihat menari dengan penuh asyik dan menimbulkan rasa kurang senang pengunjung festival tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version