Genap seminggu pemergian enam sekeluarga yang pergi menghadap illahi dalam kejadian tak diingini di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan. Kisah ketabahan anak pasangan AllahyarhamAmir Ruddin Ismail, 46, dan Allahyarham Norahimah Noor Muhamad, 43 iaitu Abdur Rahman, 19 telah tular sehingga ke luar negara. Susulan daripada itu, Abdur Rahman telah membuat satu lagi video dengan menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya rakyat Malaysia kerana memberikan sumbangan serta sokongan moral kepadanya dalam melalui detik sukar ketika ini. Klik sini untuk lihat video.
“Bismillahirahmannirahim, assalamualaikum w.b.t. Saya Abdur Rahman Amir Ruddin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang selalu menyokong yang ada di belakang saya, yang tak henti-henti memberikan sumbangan dan sokongan moral. Supaya Allah dapat membalasnya dengan sebaik-baik balasan kepada rakyat Malaysia, terima kasih,” ujarnya dalam unggahan terbaru di TikTok. Dia juga sempat menulis di ruangan kapsyen bahawa rakyat Malaysia memang hebat semuanya kerana sentiasa ada dalam apa keadaan sekalipun.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan semangat kepada Rahman dan mendoakan agar dia terus tabah melalui ujian ini. Mereka juga berharap supaya kehidupan Rahman dapat diteruskan dengan baik dan segala urusannya dipermudahkan, InsyaAllah.
Terdahulu, Abdur Rahman ada membuat live di TikTok dan menjawab soalan-soalan daripada warganet yang bertanya perihal keadaannya dan adiknya yang kini masih berada di Unit Rawatan Rapi. Ketabahannya yang tetap tersenyum dan melayan baik mereka yang hadir bertemu di kediaman neneknya di Muar Johor telah membuatkan ramai sebak memandangkan remaja berkenaan baru sahaja kehilangan enam orang anggota keluarganya secara serentak.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.