Ramai yang dah terpengaruh dengan resepi Ira Kazar, ada peminat yang dedah sampai sotong dekat kedai habis

Tidak lama dulu, isteri kepada pengarah terkemuka, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ada berkongsi resepi sambal sotong yang katanya antara menu kegemaran suami. Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan di antara warganet memuji usaha Ira dalam menambat hati suami melalui masakan. Pun begitu, Ira Kazar menerusi Instagram ada berkongsi keterujaan warganet mencuba resepi sambal sotongnya itu sehingga sotong dikatakan habis terjual di pasaraya berdekatan. Fuh bukan  main! 

Rata-rata pengikutnya di media sosial juga berkongsi air tangan masing-masing dalam menyediakan sambal sotong, siap ada yang letak petai lagi. Mantap! Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin sebelum ini pernah mendapat pujian daripada kakaknya, Yasmin Kazar kerana masakan sotong tumis dan bubur som som yang dikatakan sangat sedap.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version