Ramai yang kata dah putus, Sophia Abarakbah tampil bersuara jawab tentang status hubungan dengan Mr Doctor

PELAKON Sophina Albarakbah memilih untuk terus mengunci mulut daripada menjawab dakwaan hubungannya bersama teman lelaki dikenali sebagai Mr Doktor sudah berakhir. Sophia, 30, bagaimanapun berkata dia cuma berharap agar dipertemukan dengan pasangan hidup yang lebih baik selepas ini. “Saya tak nak komen mengenai hidup perbadi saya…. cuma doakan saya bertemu dengan lelaki yang baik-baik,” katanya. Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui acara Viu Lokal Lah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Sophia memaklumkan dia mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonannya buat masa ini. Jelasnya perubahan status itu tidak mengganggu tumpuannya sebaliknya dia masih melalui kehidupan seperti biasa. “Sekarang ini saya dalam fasa fokus kerja… sebab selepas ini akan penggambaran untuk filem pula,” kongsinya. Dalam perkembangan lain, Sophia yang memegang watak sebagai Bianca Rozario di dalam drama From Saga With Love memaklumkan mudah mencipta keserasian bersama barisan pelakon drama tersebut. Katanya meskipun pertama kali berkerjasama namun mereka seperti rakan karib apabila berada di set penggambaran.

“Kami pertama kali berkerjasama dan tidak pernah jumpa sebelum ini tapi bila masuk set kami boleh jadi kawan baik. Saya gembira dan tak sangka kami boleh dapat keserasian bersama dengan cepat mungkin sebab kami jalani penggambaran di Osaka, Jepun. Namun dia bersama rakan-rakannya itu berdepan dengan beberapa cabaran semasa menjalani penggambaran di Osaka terutama dalam komunikasi. “Di sana tidak semua mereka mahir berbahasa Inggeris, jadi susah sikit nak berkomunikasi sampai kami terpaksa guna penterjemah untuk bercakap.

“Tapi mereka semua baik-baik dan Jepun cantik… negara dia orang bersih,” kongsinya. Selain Sophia, drama From Saga With Love juga dibintangi Ikmal Amry, Fimie Don dan Siti Khadijah Halim. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version