PELAKON Aeril Zafrel tidak pernah ambil pusing dengan cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya sehingga dikatakan gemar menunjuk kekayaan di media sosial. Aeril atau Suhairil Sunari, 35, sebaliknya berkata, apa dikecapi ketika ini bukan diperoleh dengan cara mudah dan mereka yang mengata mungkin tidak mengetahui kepayahan terpaksa dilalui sebelum ini. “Rasanya orang tahu apa yang kami ada sekarang bukan hasil dalam tempoh setahun. Kami pernah lalui waktu sukar.
“Mereka yang tegur mungkin tidak tahu tentang kami… Mereka bercakap secara spontan. Saya juga tak baca komen jika ada perkara boleh mengundang kritikan. Saya tak mahu ia menganggu emosi dan mental,” katanya. Sebelum ini, perkongsian Aeril memberi hadiah kereta mewah jenama Brabus 900 Rocket Edition kepada isterinya, Wawa Zainal mendapat perhatian ramai. Anak-anak mereka juga turut terkena tempias kritikan orang yang seakan-akan cemburu melihat kebahagiaan mereka.
Dalam pada itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata, setiap apa yang dimuat naik di media sosial bukan untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan buat mereka sekeluarga. Pun begitu, Wawa berkata, setiap pengguna media sosial terbuka untuk memberi sebarang pandangan selagi ia tidak keterlaluan. “Semua itu atas pandangan warganet. Kalau rasa positif maka ia boleh dianggap sebagai memberi inspirasi. “Kalau dapat sesuatu yang buat saya gembira, mestilah saya kongsi. Saya juga manusia biasa hanya berkongsi momen bahagia kepada semua.
“Terpulanglah tanggapan orang. Mereka boleh cakap apa sahaja, cuma saya harap janganlah keterlaluan,” ujarnya. Bagaimanapun kata Wawa, teguran dibuat pengikutnya juga adalah salah satu cara memperbaiki diri. “Tapi ia tidak buat kami menangis. Kalau ada yang mendoakan keburukan, kami yakin Allah tidak kejam. Kami bukan menzalimi sesiapa,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.