Dedah bukti yang Mondy tipu dan hanya mahu duit, kali ni sahabat pula tampil pertahankan Ebit Lew

Sahabat Ebit Lew iaitu pendakwah dari Indonesia dikenali sebagai Derry Sulaiman telah mendakwa bahawa TikToker, Mondy Tatto menipu berhubung podcastnya dengan influencer kontroversi, Caprice. Perkara tersebut susulan pendedahan yang dibuat oleh Mondy menerusi podcast di saluran YouTube Caprice yang mengatakan menjadi mngs gangguan tak elok personaliti dakwah, Ebit Lew sewaktu dibantu dan dibawa ke Malaysia beberapa bulan yang lalu. Menerusi siaran langsung Derry Sulaiman di media sosial miliknya, dia telah menunjukkan perbualannya di aplikasi WhatsApp dengan individu dipercayai Mondy.

Dalam perbualan tersebut, Mondy dikatakan mengaku bahawa semua yang dikatakan di podcast tersebut adalah bohong dan dia melakukan perkara berkenaan semata-mata kerana wang. Ustaz Derry Sulaiman juga memaklumkan yang TikToker wanita itu ada meminta Ebit Lew membelikan motosikal sewaktu dibantu beberapa bulan lalu. Dia juga menegaskan yang sahabatnya itu seorang yang betul-betul baik kerana sentiasa membawakan buah tangan tiap kali bertemu walaupun dia bukanlah individu yang susah.

Tanpa sebarang kepentingan peribadi, Derry menegaskan apa yang diucapkan adalah kerana Allah S.W.T dan tidak mendesak sesiapa untuk mempercayainya. Terdahulu, podcast antara Caprice dan Mondy Tatto telah mengejutkan ramai susulan pendedahan yang dibuat sehingga membuatkan ramai terkejut. Berasa difitnah, Ebit Lew yang baru tiba dari Jeddah terus membuat laporan polis kerana semua yang diucapkan di dalam podcast tersebut tidak betul dan menganggap apa yang dilakukan sebagai salah satu cara menburukkannya.

Namun begitu, Caprice yang telah bersedia dengan sebarang kemungkinan mencabar Ebit Lew untuk segera menghantar surat saman kepadanya kerana ada lebih banyak bukti akan didedahkan kelak. Pihak polis juga telah membuat kenyataan bahawa Ebit Lew telah disiasat dan beberapa orang saksi sudahpun diambil keterangan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version