Ada yang rindu nak tengok Abby Abadi berlakon lagi, sekali ini pula respon dari tuan badan

LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen, pelakon Abby Abadi berkata dia menolak tawaran lakonan kerana sering diberikan watak sebagai seorang ibu. Meskipun tiada tawaran diterima dalam industri seni, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, percaya rezekinya dalam bidang lain masih terbuka luas. “Tawaran asyik jadi mak orang saja, penatlah nak jadi mak orang. Tak apalah kerja lain banyak,” katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selepas salah seorang peminatnya meluahkan rasa rindu ingin melihat lakonannya di televisyen.

“Rindu nak tengok Kak Abby berlakon… bila nak kembali beraksi?” soal peminatnya. Dalam pada itu, Abby juga memaklumkan dia ingin memberi peluang kepada rakan selebriti lain yang menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan. “Bagi peluang pada mereka yang cari duit dalam bidang lakonan semata-mata. “Macam kita ada macam-macam pilihan,” ujarnya. Menerusi hantaran yang lain pula, seorang peminat meluahkan kerinduan menonton lakonannya dalam drama Manjalara membawakan watak sebagai Zaza Abdullah.

Abby bagaimanapun mengakui bimbang jika dirinya terus dibenci sekiranya membawa watak antagonis berkenaan. “Dulu kalau bawa watak-watak macam itu, orang terima. Takut dah tua-tua ini kalau buat orang benci,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version