Akhirnya terjawab teka teki status percintaan, Sophia Albarakbah akui putus cinta salah satu punca berat turun

Teka-teki status percintaan pelakon Sophia Albarakbah dengan lelaki dikenali Mr Doktor terjawab selepas wanita itu mengesahkan hubungan mereka sudah terlerai. Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui perit untuk melalui perpisahan tersebut apatah lagi setelah hampir dua tahun menjadi pasangan kekasih. Bagaimanapun, Sophia tidak mahu mengulas lanjut tetapi menjelaskan bahawa mereka masih menjalin hubungan baik sebagai kawan. “Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.

Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian. Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja,” katanya. Pada masa sama, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkongsi mengenai berat badannya yang semakin susut selain tidak menolak kemungkinan ia mungkin akibat putus cinta.

“Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur,” ujarnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version