Lagi sakit dari Covid 19, Yana Samsudin dedah satu keluarga dijangkiti Influenz A

PELAKON Yana Samsudin mendedahkan dia dan keluarga dijangkiti Influenza A namun hanya dirinya mengalami gejala yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukka ke hospital. Yana atau Nurliana Samsudin, 39, beerkata, jangkitan tersebut bermula daripada dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu. “Itulah Yana dah pesan dengan anak-anak, kalau nampak ada orang demam, lari dan jangan main dengan dia… tapi mereka main juga.

“Dah terbaring dua beradik itu kena Influenza A, seminggu kuarantin. Sudah cuba asingkan tempat tidur, rajin pula budak dua orang ini datang melawat ibu dia. Dah berjangkit pula,” katanya. Yana berkongsi mengenai keadaan dirinya dan keluarga menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Yana menyifatkan jangkitan Influenza A lebih sakit berbanding Covid-19 seperti sakit kepala, gigi dan sendi. “Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua laa. “Nasib #EnKetuaRumah (suami) tak buat hal, kalau tak, bertambah pula sakit hati kita ni,” katanya. Sementara itu, Yana berkata, meskipun suaminya iaitu Fadzil Zahari turut dijangkiti penyakit sama namun dia tetap menguatkan diri membawa dia dan anak-anak ke klinik.

Apa paling menyentuh hati katanya, Fadzil sebelum itu berada di luar kawasan dan memandu beratus kilometer sebelum pulang membawa mereka mendapatkan rawatan. “Dia yang paling steady rasanya, memandu beratus kilometer pergi Lumut, selepas itu Pulau Pinang, Yong Peng (Johor) sebelum pulang semula ke Shah Alam. “Malam kemudiannya bawa Mateen pergi klinik dan malam esoknya bawa Yana pula. “Sempat pergi pejabat lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu… Balik pejabat mandi lepas itu berselera pula dia makan… Orang sakit patutnya tak selera makan,” selorohnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version