Gara-gara tidak memakai tudung dengan betul, seorang guru menghukum sekumpulan pelajar perempuan dengan mencukur sebahagian rambut mereka. Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) 1 di bandar Lamongan, Jawa Timur, Indonesia itu menyaksikan guru tersebut bertindak mencukur rambut 14 orang pelajar perempuan pada Rabu lalu. Ekoran kejadian itu, pengetua sekolah, Harto telah membuat permohonan maaf terhadap ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan malah turut menggantung tugas guru tersebut.
“Tiada kewajipan bagi pelajar perempuan untuk memakai tudung, tetapi mereka dinasihatkan untuk memakai anak tudung untuk penampilan yang kemas. Kami memohon maaf kepada ibu bapa dan selepas sesi permohonan maaf, kami mencapai persefahaman bersama.” Dalam pada itu, Harto berkata pihaknya akan menyediakan bantuan psikologi kepada para pelajar terbabit. Sementara itu, kejadian tersebut telah mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia yang menggesa agar pihak bertanggungjawab memecat guru berkenaan.
Untuk info, pemakaian hijab di Indonesia menjadi antara topik hangat pada tahun 2021 selepas seorang pelajar beragama Kristian di Sumatera Barat dipaksa untuk memakai tudung. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.