Dah siap beli 5 jenis barang kemas untuk hantaran, Talha Harith luah rasa kecewa bila tunang pilih untuk nikah dengan lelaki lain

Hasrat pelakon, Talha Harith untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila tunangnya mengambil keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. Menurut laporan, pelakon berusia 34 tahun itu pernah terfikir bagi mengambil tindakan undang-undang susulan mengalami kerugian setelah persiapan menjelang hari bahagia sudah dilakukan. “Bukan sikit hantaran yang saya sudah sediakan. Lima jenis barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting. Tetapi saya tidak sejahat itu untuk menyaman keluarga mereka. Saya rasa kalau saya ambil tindakan, saya pun dah jadi jahat seperti mereka,” katanya.

Sejak semalam, Talha memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram meluahkan kekecewaan apabila tunangnya yang bernama Nur Diyana disatukan dengan lelaki lain. Bercerita lanjut, dia berkata ibu wanita tersebut menangis sebaik mengetahui anak gadisnya berkahwin dengan lelaki lain. “Semestinya saya akan meneruskan silaturahim yang baik dengan keluarganya (bekas tunang). Untuk memutuskan hubungan itu bagi saya adalah mustahil.

Sebelum mengetahui dia berkahwin dengan lelaki lain, saya sendiri yang menghantar ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan semput. Tetapi buat masa sekarang berilah saya waktu untuk bertenang dahulu,” kata pelakon drama Juvana itu. Sementara itu, Talha mendakwa, Nur Diyana pernah bertunang dengan lelaki terbabit sebelum ini namun ditinggalkan atas alasan tidak direstui keluarga. Nur Diyana kemudian mengikat tali pertunangan dengan Talha pada Ogos tahun lalu, namun dikatakan berubah hati dan memilih semula lelaki berkenaan.

“Sebenarnya lelaki ini adalah bekas tunang Diyana. Mereka sempat bertunang sebulan sahaja, selepas itu mereka putus. Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Mereka berkahwin selama lebih kurang tujuh tahun dan berpisah pada Disember tahun lalu. Sejak itu tunang saya berubah 180 darjah. Kami tidak brbalah tetapi tiba-tiba dia minta putus pada Mei lalu,” kongsinya lagi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version