Kasihan punya pasal, wanita nekad lepaskan semula lobster yang dia beli dengan harga RM1020 ke laut

Di Rome, Itali, seorang wanita sanggup melepaskan semula udang kara atau lobster ke dalam laut kerana berasa kasihan. Memetik laporan The Sun, seorang wanita Switzerland dikatakan pergi ke restoran makanan laut bersama suaminya, di mana mereka memesan seekor udang galah yang berharga 175 pound (RM1,020) untuk dijadikan menu makan malam. Menurut pemilik restoran iaitu Antonio, memberitahu bahawa dia telah mengambil udang galah dari tangki, dan menimbangnya di dapur. Kemudian, memaklumkan bahawa udang tersebut seberat dua kilogram dan berharga 175 pound.

Wanita yang prihatin itu bertanya kepada pemilik restoran sama ada udang galah itu akan tercedera sekiranya dilepaskan dari ketinggian yang tinggi. Setelah diyakinkan oleh mereka, dia perlahan-lahan menjatuhkan udang tersebut ke laut sambil dirakam oleh suaminya. Tindakan wanita itu mengejutkan para pengunjung yang lain dan kakitangan restoran kerana mereka menyangka bahawa dia hanya bergurau. “Melihat kegembiraan dan keterujaannya, saya juga terharu. Dia sangat gembira kerana dapat memenuhi hasrat ini dan kami tumpang gembira dengan niat baiknya itu.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version