Muat naik video tapi kapsyen pula yang jadi perhatian warganet, ramai yang nasihatkan Kak Km dan suami untuk bermaafan

Usahawan kosmetik sensasi, Kak KM memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya berada di sebuah restoran. Namun, apa yang jadi tumpuan adalah kapsyen yang ditulisnya pada video tersebut. Kata Kak KM atau namanya Liana Rosli, dia memberi pesanan bahawa jangan cuba untuk menyakiti hati seorang isteri jika tak boleh untuk membahagiakannya. “Kalau tak boleh bahagiakan isteri, jangan cuba sakitkan hatinya,” tulis Kak KM. Klik sini untuk lihat video.

Susulan itu, warganet mengaitkan video tersebut dengan kejadian baru-baru ini di mana suaminya, Razman Ramli tidak sengaja meremukkan kereta miliknya namun didakwa enggan memohon maaf. Walaubagaimanapun, ada segelintir warganet menasihati untuk saling berbaik dan bermaafan antara satu sama lain. Sebelum ini, tular video Kak KM menunjukkan keadaan kereta miliknya remuk akibat merempuh tembok rumah dan dia menghamburkan kata-kata kesat kepada suaminya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version