Anak anak anggap ibu masih ditempat kerja, sebak bila anak jururawat tanya soalan macam ni

Kedua-dua anak kepada jururawat, Munirah Abu Bakar, 31, yang pergi menghadap illahi ditkm suami di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis pada Sabtu lalu masih belum mengetahui tragedi sebenar menimpa ibu mereka. Memetik laporan Utusan Malaysia, kakak Melati Abu Bakar, 39, yang menjaga anaknya berusia lapan dan enam tahun itu sudah memberitahu perkara sebenar apabila ibunya dibawa pulang untuk dikebumikan semalam.

“Anak sulung arwah ada tertanya-tanya juga mana mama? Mama tak balik kerja lagi ke? Mereka masih beranggapan mama mereka masih di tempat kerja,” katanya. Melati bersama bapa Abu Bakar Senapi, 64, hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pagi semalam untuk proses pengecaman ke atas Allahyarhamah sebelum proses bedah siasat bermula. Melati berkata, keluarga mereka masih terkejut dengan berita tersebut namun reda dengan takdir malah sudah memaafkan suspek yang dianggap seperti keluarga sendiri selain menyerahkan segalanya kepada keputusan mahkamah.

Malah, keluarga mereka belum memutuskan tentang hak penjagaan anak pasangan tersebut memandangkan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo pula, rakan baik iaitu Rosima Dollah, 31, memberitahu Allahyarhamah pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya namun membatalkannya demi anak-anak. “Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu.

Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” ujarnya. Sementara itu, pemergian arwah diselubungi dengan kesedihan daripada rakan serta kenalan yang turut tinggalkan ucapan takziah dan masih terkejut dengan berita menyayat hati. Jenazah Allahyarhamah Munirah Abu Bakar, 31, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Perlis. Sumber; Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version