Teruk kena kritik sebab pakaian menjolok mata, Azhar Sulaiman tampil pertahankan Leona dengan muat naik gambar di Palestin

Baru-baru ini, anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menerima kecaman dari wargamaya apabila memuat naik gambar dirinya menyambut perayaan Haloween dengan imej yang lebih menjolok mata di Instagram. Menurut mereka, tindakan Leona itu dianggap sebagai tidak sensitif di kala berlakunya kemelut peperangan yang melanda saudara sesama Islam di Palestin. Terbaharu, Azhar atau lebih mesra disapa Behar tampil mempertahankan anaknya itu dengan memuat naik gambar Leona sewaktu menziarahi Masjid al-Aqsa yang bertempat di Palestin menerusi Instagram.

Menurut Azhar, meskipun mendapat kritikan daripada ramai pihak sekurang-kurangnya Leona pernah menjejakkan kaki ke sana. “Sekurang-kurangnya dia dah sampai sana dan melihat sendiri pembulian abdi Israel.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan gaya penulisan yang disampaikan Azhar menerusi hantaran tersebut. Menurut mereka, kapsyen yang ditulis itu akan memburukkan lagi keadaan dengan menambah kebencian orang ramai terhadapnya. Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Azhar dilihat sudah memadam posting tersebut.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version