Teruk kena kritik sebab kongsi bendera Israel, Baby Shima tampil bersuara kali ini

PENYANYI Baby Shima sekali lagi menerima kritikan warganet susulan salah faham berhubung perkongsiannya di laman sosial berkait sokongan terhadap Palestin. Tidak mudah melatah dengan kritikan itu, Shima atau Nor Ashima Ramli berkata misi sokongannya tetap sama seperti semua umat Islam yang lain iaitu mengkritik tindakan rjm Zionis. Namun dia juga ada cara tersendiri dalam menyampaikan bentuk sokongan supaya lebih ramai pengikut di media sosial mengutuk kekejaman Israel itu.

“Tahap pemikiran seseorang berbeza dan begitu juga dengan pemahaman mereka apabila saya berkongsi di media sosial. Apa yang saya kongsikan adalah dari pandangan berbeza namun mesejnya tetap sama iaitu mengutuk tindakan kjm Zionis. Semaklah dahulu mesej yang saya mahu sampaikan… Jangan mudah nak buat kesimpulan sebelum lihat perkongsian penuh saya itu,” katanya.

Shima sebelum ini berkongsi satu video menyatakan pendirian dalam menentang kegnsn yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Bagaimanapun video berkenaan telah disalah anggap apabila dia berkongsi imej bendera Israel sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikut media sosial. Malah dalam satu hantaran berbeza, dia juga turut memuat naik doa agar Israel dihapuskan namun ia turut menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak meneliti mesej itu dengan baik.

Bukan sekali menerima kritikan, Shima berkata dia sedar setiap perkongsiannya di laman sosial pasti akan menjadi bualan ramai. “Susah nak tutup mulut orang. Kadang-kala warganet yang menjadikan ia kontroversi sedangkan saya berkongsi perkara benar. Saya dah tak boleh nak cakap apa. “Takkan saya perlu ikut kehendak semua orang dalam setiap perkongsian. Saya ada cara sendiri untuk menyatakan sokongan,” ujarnya. Dalam masa sama, Shima juga berpendapat setiap komen dan kritikan warganet itu cukup menggambarkan sikap mereka yang mudah membuat kesimpulan tanpa sebarang usul periksa.

“Kalau saya buat baik pun kena kritik. Dari situ dah nampak pemikiran setiap orang berbeza. Kita boleh lihat cara mereka berfikir,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version