Ramai yang nak boikot, sekali Michael Ang tampil bersuara pasal isu rakyat Malaysia nak boikot Mcd

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyuara pendapatnya mengenai tindakan masyarakat yang dikatakan mahu boikot restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia kerana dikatakan menyokong Israel. Pengarah berusia 47 tahun berkata, ia hanyalah tindakan sementara kerana sebelum ini pernah berlakunya isu boikot McDonald’s. Namun, tidak pernah lagi kesemua premis berkenaan ditutup sepenuhnya di Malaysia. “Rakyat Malaysia ni boikot hangat-hangat tahi ayam saja. Kalau orang Malaysia ni betul-betul berprinsip sangat, tak perlu prang baru nak boikot ya. Kalau ada prinsip prng ni, dah berpuluh-puluh tahun lagi tua dari McD tu. Jadi, sepatutnya McD tak wujud di sini. Beritahu awal-awal ya, bukan saya sokong ‘pet pet’ tu….”tulis Michael Ang.

Sementara itu, Michael Ang turut menempelak tindakan penyanyi rap, Caprice yang menuduhnya sebagai penyokong Israel, lapor Utusan Online. Tegas Michael, dakwaan Caprice itu seolah-olah mahu menjadi batu api dengan memanipulasikan kenyataannya dengan mengatakan dia menyokong kegnsn dan kezlman Zionis. “Caprice memanipulasikan kenyataan dan mengatakan saya menyokong kegnsn Israel. Itu tidak adil kerana Caprice ada berjuta pengikut, membuatkan mereka terus menghentam dan menyerang saya. Saya tidak perlu tunjuk kepada satu dunia bahawa saya membangkang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel. Bila kuasa besar sokong, mereka (Israel) akan besar kepala. Tapi, Caprice boleh putar belit kenyataan itu,”ujarnya.

Michael ketika ditemui di majlis sidang media dan sesi rakaman program Dapur Tempur Selebriti berkata, dia berharap agar Caprice mengadam sesuatu kenyataan sebelum membuat kesimpulan tanpa usul periksa. Tambahnya, dirinya tidak kisah sekiranya warganet mahu menyerangnya, tetapi tidak bagi Caprice kerana penyanyi terbabit boleh menghubunginya terlebih dahulu. “Saya harap dia baca betul-betul dan hadam kenyataan yang saya keluarkan. Jangan terus main tmbk. Kalau warganet cakap apa-apa tentang saya, saya tak layan atau balas secara sarkastik. Tapi bila Caprice bersuara, saya akan balas balik dan siap tag namanya di Instagram. Barulah dia senyap.

Dia sangat melampau, masuk campur tapi tidak tahu hujung pangkal. Caprice ada nombor telefon saya, boleh hubungi. Sebelum ini, boleh pula dia hubungi saya di mesej Instagram ajak buat lagu,” katanya. Pengarah itu turut meluahkan rasa kesal apabila ada warganet menyrngnya di media sosial serta mendoakan pemergian anaknya. Malah, mengatakan pengarah itu tidak layak bergelar seorang muslim. “Saya yang keluaran apa-apa kenyataan. Kalau nak maki, sila maki saya. Jangan libatkan anak atau keluarga saya. Mereka tak suruh pun saya post apa-apa. Saya tidak kisah kalau orang nak nak suruh saya keluar Islam, itu urusan saya dan Allah. Kalau warganet kata saya tak layak bergelar muslim juga saya tidak kisah. Saya tidak perlu pendapat orang lain mengatakan saya muslim yang baik,” katanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version