Tindakan penyanyi, Haqiem Rusli menari bersama isterinya Anis Sofea di sebuah tempat letak kereta selepas menonton konsert beberapa hari lepas menerima kritikan warganet. Menerusi muat naik di akaun Instagram milik Anis, satu video memaparkan Haqiem bersama isterinya sedang sakan menari melakukan trend #imtheonechallenge. Muat naik tersebut mengundang rasa kurang enak daripada warganet sehingga ramai yang tinggalkan komen negatif di bawah video itu. Segelintir warganet menyifatkan penyanyi berusia 25 tahun itu berubah selepas berkahwin dan bukan seperti dahulu yang mementingkan aurat seorang wanita. Klik sini untuk lihat video.
Selain suaminya, Anis juga menjadi sasaran kritikan warganet kerana dikatakan baru sahaja berkongsi kesedihan berkenaan isu di Palestin, kini sedang bergembira pula. Namun begitu, ada juga warga maya yang memberi sokongan kepada pasangan tersebut dengan mendoakan Anis supaya terbuka hati untuk menutup aurat semula.
Malah, ada juga individu yang memuji pasangan itu dengan mengatakan kedua-duanya kelihatan comel apabila menari bersama. Untuk rekod, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan sekitar April tahun ini, isterinya mengambil keputusan untuk menanggalkan hijab. Tindakan isterinya itu mendapat kritikan hebat, bukan sahaja kepada Anis namun juga kepada penyanyi itu namun Haqiem tetap setia bersama isterinya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.