Lepas buat tuduhan yang melampau, Shakilla Khoriri dedah wanita tersebut tampil buat permohonan maaf

Pelakon wanita, Shakilla Khoriri telah berkongsi satu video permohonan maaf yang dibuat oleh seorang penguna Instagram selepas membuat hantaran komen berbentuk fitnah kepada selebriti berkenaan. Menerusi video tersebut, wanita yang berasal dari Terengganu itu membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menuduh Shakilla berzna dengan suami orang di ruangan komen.

Ujar pelakon itu, dia juga meminta maaf kerana terpaksa melakukan tindakan tersebut sebagai satu bentuk pengajaran kepada orang diluar sana supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berbentuk fitnah kepada orang lain. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut turut mempunyai seorang suami serta anak-anak menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial tetapi sanggup melemparkan kata-kata tidak baik kepada orang lain yang langsung tidak ada kena mengena dengannya.

Difahamkan, wanita tersebut telah tinggalkan komen dengan mengatakan bahawa pelakon tersebut berwajah cantik namun ‘main’ suami orang dan mendapat beberapa tanda suka daripada warganet. Jelasnya lagi, dia pun sudah terlupa dimana dia meninggalkan komen tersebut mungkin kejadian itu sudah lama. Dalam pada itu, Shakilla memaklumkan yang kenyataan wanita terbabit bukan ditemui sendiri tetapi pihak peguam yang membuat tangkapan layar berkenaan komen tersebut.

Terdahulu, pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu telah difitnah menjalinkan hubungan dengan suami orang sehingga pelbagai kata-kata negatif dilemparkan keatasnya. Susulan daripada hal tersebut, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu meminta agar penfitnah berdepan dengannya dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat dengan niat menjatuhkan maruahnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version