Tinggal sekitar sebulan sahaja lagi sebelum penyanyi Aina Abdul meuncul menerusi konsert solo ketiganya, A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal diadakan di Axiata Arena pada 18 November depan. Justeru, sudah pasti ramai dalam kalangan peminat yang menantikan busana jenis apakah yang bakal digayakan pelantun lagu Sepi pada malam berkenaan. Menurut Aina, busana yang digayakan kelak tidaklah begitu pelik, namun masih mempunyai DNA Aina Abdul serta tinggalkan impak kepada penonton.
Selain itu, dia juga mengambil kira teguran dan nasihat yang pernah diterima sebelum ini dan cuba mencari keseimbangan terhadap setiap persalinan pada konsert itu nanti. “Takdalah begitu pelik, nanti nak nyanyi susah. Kita lebihkan baju. Tapi setiap penampilan akan ada impak dan masih ada DNA saya. “Berkenaan dengan teguran, ya, saya terima apa sahaja nasihat yang diberikan. Kadang-kadang teguran itu baik dan kadang-kala teguran itu tidak baik buat saya. Namun, saya ambil teguran berkenaan dan cuba cari keseimbangan,” katanya kepada Gempak.
Ditanya sama ada ibunya pernah memberi teguran dan berkata, ‘Dah dah lah..’, juri Big Stage 2023 itu berkata: “Banyak kali ibu saya cakap… Tapi dia merupakan salah seorang Ainations juga. Tapi dia masih ibu saya. “Saya tetap pegang kata ibu saya walau apa pun. Sebab apa yang dikurniakan kepada saya hari ini adalah berkat doa dia. Jadi saya tidak boleh hiraukan apa yang ibu saya tegur. Ibu masih nombor satu,” katanya lagi. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.