Sebelum ini, penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya. Terbaru, pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ itu meluahkan rasa kesal apabila anak-anaknya turut menjadi sasaran kritikan. Menurut Liza, dia tidak akan memaafkan perbuatan individu berkenaan kerana dianggap keterlaluan. Pada masa yang sama, Liza memberi pesanan agar individu tersebut jangan menganggu anak-anaknya. “Mengata aku seorang saja sudah. Tak payah kacau anak-anak aku. Aku tak maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti.”
Difahamkan, anak sulung Liza iaitu Marsya Qistina turut terkena tempias berikutan isu rupa paras yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu. Sebagai ibu, Liza tampil melindungi anak-anaknya dan memberi amaran ‘keras’ buat individu yang berani mengutuk dan mengejek tanpa memikirkan akibat buruk yang boleh terjadi terhadap si penerima. Terdahulu, Liza berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan udang-undang kerana telah lali menerima kritikan sebegitu sejak mula bergelar anak seni.
Namun, dia berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan tidak menjadikan rupa paras atau saiz badan sebagai bahan ejekan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.