ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng mendedahkan dia menerima ugutan bnh daripada warganet selepas video siaran langsung bersama Ira Kazar tular di media sosial. Bimbang dengan ugutan diterima itu, Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suami sepakat membuat laporan polis sebagai perlindungan diri. Kata Nilam lagi, dia tidak menyangka ramai yang kurang senang melihat kehadiran isteri pengarah Syamsul Yusof itu dalam siaran langsung berkenaan sehinggakan namanya turut terpalit. Klik sini untuk lihat video.
“Teruk sangat, saya kena ugut bnh! Saya diugut sebab mereka cakap saya berpihak kepada penyondol. Ada yang kata nak lnggr saya dengan lori… bnh saya dan ada juga yang nak simbah asid pada saya. Hakikatnya di dalam siaran langsung itu saya tidak berpihak kepada dia pun. Saya cuma menyantuni Ira sebagai tetamu saya. Kalau tengok dalam siaran langsung itu… saya ada saja kenakan dia tapi secara bertapis,” katanya ketika dihubungi. Memandang serius ugutan diterima, Nilam berkata dia tidak berani keluar rumah bersendirian melainkan ditemani suami dan juga pengawal peribadi.
Gara-gara kejadian tersebut, Nilam memberitahu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ada menghubunginya membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya berhubung perkara itu. Bagaimanapun dia tidak menyalahkan Ira 100 peratus memandangkan siaran langsung itu dilakukan menggunakan akaunnya sendiri. “Dia ada minta maaf sebab dia kena tempias sama tapi dia tak cakap terus kepada saya sebab saya dengan dia tidaklah rapat mana… dia minta maaf melalui suami saya. Saya pun tak apalah… benda dah jadi kita nikmati sahaja. Saya pun ada pesan dekat Abang Lan untuk Ira agar tidak buat sebarang kenyataan kerana orang tidak suka dengan dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nilam juga memberitahu pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menjadi punca namanya tercemar. Tambahnya ada beberapa pihak sudah mula membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya sebaik saya dia membuat laporan polis. “Saya memang nak ambil tindakan undang-undang… saya sudah beritahu peguam saya untuk ambil tindakan kepada mereka yang ambil video sekerat-sekerat di siaran langsung saya. “Sebab benda ini jadi fitnah, ia melibatkan nama baik dan keselamatan saya. Jadi saya tak boleh nak diamkan,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Ira menerusi video siaran langsung yang dibuat Nilam di TikTok menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut wanita berkenaan. Susulan perkara itu, warganet meninggalkan pelbagai komen negatif sehingga Nilam turut terkejut dengan reaksi penonton siaran langsung tersebut. Nur Nilam turut meluahkan rasa pelik bagaimana selama ini Ira mampu berdepan dengan pelbagai kritikan pedas terhadapnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.