Isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat akui terkejut dengan harga yang dikenakan sebuah kedai makan makanan laut yang dikunjunginya baru-baru ini di Johor Bahru. Menerusi perkongsian di Instagram, Ekin berkata dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain. Namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai tersebut. Malah, Ekin yang pertama kali datang ke kedai itu turut bertanyakan kepada pengikutnya adakah harga yang dikenakan masuk akal atau tidak.
“Siapa org Johor Bahru kat sini, nak tanya sikit la memang harga dia camni ke? Korang penah kene tak? Ni gerai No **, paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor.” Dalam perkongsian sama, Ekin turut memuat naik video kedai berkenaan dan gambar resit yang memaparkan harga berjumlah RM1,260. Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram Stories, Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit. Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respon warganet.
Dalam masa sama, Ekin berharap, para peniaga makanan di luar sana agar bersifat lebih tulus dalam perniagaan yang diusahakan. “Saya tiada niat nak post video kedai makan ini untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu? Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena, jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan? Supaya peniaga-peniaga ini semua jujur dan tulus supaya orang lain tidak terkena benda sama. Saya orang Johor Bahru dan selalu balik Johor Bahru, akan cari makanan yang teringin, selalu makan kedai JDT sebelah tapi hari tu ikan dah habis, kedai itu memang berpatutan dan sedap.
Bukan semua kedai dekat situ cekik drh ya. Kedai ini pertama kali kami datang sebab tiada pilihan dan ini yang terjadi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.